
kabare??saya waras..hehe
kenapalah malas sangat nak update blog nih...

nak tau apa yang membuatkan saya bangkit..

tadi..adalah seorang sahabat tu...dia ingatkan..
"azie, update blog! grr" hehe thanx syed..

ok, untuk kali ni saya nak cakap tentang movie lah..

sebab baru-baru ni saya tengok satu movie yang sangat memberi mesej yang mendalam..
nak tau apa dia?? mungkin kamu semua beranggapan ia adalah cerita cinta, kekeluargaan, ataupun hasad dengki sesama manusia..tapi rasanya saya boleh menganggap ia cerita yang berunsurkan semangat cintakan bangsa..
sehubungan dengan itu, jika kita peka, kita akan sedar bahawa ramai anak muda zaman kini yang hilang jati diri.


opss..jangan marah. apapun, saya berpendapat jati bermaksud tulen. jadi, seseorang yang mempunyai 'jati diri' bermaksud? seseorang yang berwatak tulen, tak kiralah rohaniah atau lahiriah. apakah jati diri kita sebagai bangsa melayu? itulah yang selalu dilupakan oleh masyarakat kita. usah pertikai pengaruh barat kepada umat sejagat, tetapi mari koreksi diri, apa usaha dan tindakan kita untuk menghadapi dan menentang pengaruh yahudi itu. adakah kita benar-benar Islam yang TULEN?



justeru, cerita yang saya tengok ialah.......IP MAN 2!!!huhu
ia sebuah cerita kung fu cina sebenarnya. ip man tu nama seorang ahli kung fu wing chun cina yang handal. cerita ini mengisahkan bagaimana beliau menggunakan kemahiran beliau dalam kung fu untuk mempertahankan bangsa. mungkin ada yang berpendapat kita perlu menyokong filem melayu, tetapi apa sebenarnya motif kita menonton sesebuah cerita? adakah suka suki?

jadi, ingin saya kongsikan pengajaran yang boleh diambil dari cerita ip man ini. pertama ialah kepentingan mempelajari seni mempertahankan diri. mungkin ada yang beranggapan seni mempertahankan diri dipelajari untuk membelasah orang lain,



selain itu, walaupun status, pangkat atau darjat setiap orang berbeza namun maruah setiap orang adalah sama. kerana setiap orang mempunyai satu maruah yang perlu dijaga. jadi, bila maruah seseorang jatuh, adakah ia boleh diganti dengan maruah orang lain? tidak sama sekali!

akhir kalam, ini sekadar pendapat apa yang pernah saya lalui. kerana pengalaman itu sebaik-baik guru. jadi, untuk mendapat pemahaman yang lebih, tontonlah IP MAN 1 & IP MAN 2!!!hehe dan jangan lupa belajar seni mempertahankan diri!(untuk sama-sama pertahankan bangsa)

ok, akhirnya...siap bercerita!huhu daa~

salam semangat bangsa..
"TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA"
No comments:
Post a Comment