Thursday, May 13, 2010

!!! HaPPy BiRtHdAy To mE !!!


Bismillahirrahmanirrahim..


Macam mana saya boleh tak perasan yang hari lahir saya sudah tiba..???huuu
28 Jamadil Awal... hurm, kalau ikut tarikh sebenar 28 jamadil Awal 1411H..
seronokkan dapat tahu tarikh hijrah kita lahir.. dan sepatutnya kita semua sambut ikut bulan islam.. hm..tak pun kita sambutlah dua kali setahun..hehehehe untung-untung..

Saya pasti ramai yang dah maklum beza antara bulan Hijrah dan bulan Masihi. bulan Masihi dikira mengikut sistem 24jam. uniknya bulan Hijrah@bulan Islam, ia dikira mengikut terbenamnya matahari. kira maghrib tu dah tukar tarikhla. macam saya, seharusnya pada tarikh 15 Disember 1990 adalah 27 Jamadil Awal 1411H. tetapi oleh kerana saya lahir pada waktu malam, tarikh sudah bertukar ke 28 Jamadil Awal 1411H.

Jadi bersempena ulangtahun hari lahir saya hari ini hingga maghrib nanti, saya berdoa dan berharap agar :

"Ya Allah
Kau kekalkan aku pada jalanMu yang benar
Bahagiakanlah kedua ibubapaku serta keluargaku dengan limpahan rahmat dan maghfirahMu
Ya Rahman
Kau sejahterakanlah seluruh guru-guru serta para pendidik yang pernah mendidikku semenjak aku kecil hingga kini
Ya Rahim
Kau peliharalah teman-teman, kawan-kawan, sahabat handai serta seluruh mukmin didunia ini
Kau berilah hidayah kepada kami
Jangan Kau palingkan hati-hati kami setelah Kau beri hidayah kepada kami
Ya Ghaffar
Hanya keampunan dan keredhaanMu yang aku pinta
Ampunkan dosa-dosaku
Redhakanlah kehidupanku"
Amin Ya Rabbal Alamin~


Justeru, hanya lagu ini yang ingin saya putarkan dalam minda dan hati saya serta pembaca sekalian..

KEREDHAANMU [inteam]

YA ALLAH YA TUHANKU
HAMBAMU MERINDUKAN
RAHMAT KASIH SAYANGMU
DAN JUA KEREDHAANMU
DALAM HIDUPKU

#
MESKIPUN KU ULANGI DOSA NODA
YANG MENJANJIKAN AZAB SENGSARA
NAMUN KU SEDARI KEAMPUNANMU
TIDAK BERTEPI

KU AKUI DIRI INI
HAMBA YANG MUNGKIR PADA JANJI-JANJI
JADIKANLAH TAUBAT INI YANG SEJATI
PADAMU ILAHI

YA ALLAH
AMPUNKANLAH DOSA-DOSAKU
YA ALLAH
REDHAKANLAH KEHIDUPANKU
MOGA TERHAPUS PENGHIJAB KALBU
ANTARA KAU DAN AKU

TUHAN
KUZALIMI DIRI INI
ANDAI KAU TAK AMPUNI DAN RAHMATI
ALANGKAH RUGINYA DIRI

TUHAN
JANGAN KAU PALINGKAN HATI INI
SETELAH KAU BERI HIDAYAH
SESUNGGUHNYA
KAU MAHA PENGASIH

ULANG #

Wallahua'alam~

++dEmAm bAdMiNtOn++

Bismillahirrahmanirrahim..

Rasanya sudah agak lama saya tidak diuji dengan ditarik nikmat sihat. hm.. astaghfirullah al-'adzim.. semalam selsema datang dengan teruk hingga hampir demam.MySpace saya beranggapan mungkin saya berjangkit daripada adik. namun, mujur ayah menghulurkan sebotol air 100 plus untuk meredakan demam saya. berbeza dengan adik saya yang demam kerana kepenatan orientasi tingkatan 6 di sekolah. akibatnya, adik dapat cuti selama 2 hari..huhu

Walaupun demam hampir melanda diri, namun semangat menonton perlawanan badminton Piala Thomas & Uber tidak goyah..hehe ni baru dikatakan demam badminton.. malam tadi perlawanan yang amat sengit antara Malaysia dan Denmark. perlawanan kali ini untuk menentukan pasukan mana yang akan meneruskan perlawanan di peringkat separuh akhir. bayangkan mak, ayah, dan adik juga turut sama menyaksikan perlawanan ini. mungkin kerana terpengaruh dengan semangat yang ditunjukkan oleh saya.hehe MySpace(nampak sangat bersemangat benor)

Setelah menyaksikan 2 kemenangan dan 2 kekalahan, kini tibalah masa penentuan. Mohd Hafiz Hashim mewakili Malaysia sebagai pemain perseorangan akan melawan wakil perseorangan Denmark untuk menenentukan nasib Malaysia dalam kejohanan penuh berprestij ini.

Dalam set pertama alhamdulillah, hafiz menang 26-24. kemudian set kedua disaksikan dengan penuh debaran. saya siap boleh membaca pergerakan hafiz lagak seorang pakar badminton..hoho mana taknya, hafiz suka bermain berhampiran jaring. MySpacedan saya kagumi gaya 'smash'nya dari jauh yang mantap. akhirnya, dalam set kedua hafiz mengalahkan Denmark dengan 21-18.. jadi, Malaysia mengalahkan Denmark dalam perlawanan Piala Thomas suku akhir dengan 3-2..whoa!!! sangat gumbira..huhu MySpacetak sia-sia saya bagi sokongan padu dari rumah..ehehe saya berpendapat aksi hafiz berlawan dengan Denmark lebih padu dan bersemangat berbanding beliau berlawan dengan Jepun sebelum ini.. SYABAS HAFIZ!! kredit untuk kamu..(^-^)

Hm, malam ini jom sama-sama saksikan perlawanan seterusnya. untuk peringkat separuh akhir, Malaysia akan berentap dengan China. wah! China pun tak kurang hebatnya..huu MySpacerisau-risau.. harap pasukan negara tidak mengecewakan peminat dan warga tanah air tercinta.MySpace lebih-lebih lagi, perlawanan diadakan di tanah air sendiri. hm, apapun 'goodluck' Malaysia.. MALAYSIA BOLEH!!!MySpace chaiyok!

Sekian sahaja laporan untuk waktu ini..
~Majulah Sukan Untuk Negara~
Daa~ MySpace

Tuesday, May 11, 2010

.::GuGuSaN RINDU::.

Bismillahirrahmanirrahim...

"Ku biar kalam berbicara..
Menghurai maksudnya di jiwa..
Agar mudah ku mengerti..
Segala yang terjadi..
Sudah suratan Ilahi..

Ku biarkan pena menulis..
Meluahkan hasrat dihati..
Moga terubat segala..
Keresahan dijiwa..
Tak pernah kuingini.."


pernah dengar lagu ni tak??tajuknya 'SAHABAT SEJATI' nyanyian UNIC..
tiba-tiba teringat lagu ni...hm..
rindu sebenarnya pada teman-teman lama..
yang dulu sama-sama bergelak ketawa..
yang dulu sama-sama merawat duka..
yang dulu sama-sama mengukir bahagia..
alangkah indahnya..

Alhamdulillah..rasa bersyukur kerana masih dikurniakan nikmat perasaan rindu...

"Rindu itu adalah..
Anugerah dari Allah..
Insan yang berhati nurani..
Punyai rasa rindu.."


wah..tiba-tiba lagu 'RINDU' dendangan HIJJAZ terngiang di kepala..huhu
ini tak boleh jadi..tahap kerinduan yang amat..
makanya, esok saya akan bertemu teman-teman lama..yey! insyaAllah..(^-^)

Monday, May 10, 2010

Kisah Yang Menarik Untuk Dikongsi Bersama...(^_~)

"Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk
kita buat hantaran" pekik Jamilah kepada Nabil..

"Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli
nih" balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal
satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan
hantaran.

"Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab" keluh Jamilah.

" Ala , awak bukan reti pun bahasa arab" jawab Nabil. Tergelak Jamilah.
Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

"Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat" tegur pakcik
berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang
pakcik dalam lingkungan 40-an.

"Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid"
sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

"Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?" pakcik menyoal sambil
tersenyum.

"Aa... aa.. lama dah saya tak baca, pakcik" teragak-agak Nabil menjawab.
Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

"Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian
ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik" tegur pakcik berhemah.

"Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak
baca la" tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

"Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi"
cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

" Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi" senyum Jamilah
mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

"Jangan lupa baca ya" pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan
tersebut.

"Sibuk je la pakcik tu" Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin 'terpukul' dengan kata-kata seorang
pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah..
Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan.. Nabil
dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam
baru sahaja sampai.

"Assalamualaikum semua" ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta
merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli
keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri.
Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

"Inikah pengantin hari ini?" tegur selamba Ustaz Saad.

"Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz.." jawab Nabil mengigil.
Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai
buku 2 bulan lalu.

"Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan
kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin" cadang Ustaz Saad.
Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara
orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari
Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi
dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

"Ss.. su.. surah apa ustaz?" Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih
melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang
sebaliknya berlaku..

"Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa'd" kata ustaz Saad
sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat
mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad


Surah Ar Ra'd

"Apa benda nih" detik hati Nabil.

"Bismillahirrahmaan irrahim.. ALL..MAA. . RIII..!!" berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari
rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan.
Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam
wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

"Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara
bacanya seperti begini : A'uzubillahiminnass yaitaanirrajim. ..
Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.." kedengar suara
gemersik Ustaz Sa'ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak
lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya..

"Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran.
Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih
malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran
kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup
bagi seorang muslim" tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang
cara penyampaian ustaz Sa'ad.

"Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah
ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap
sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya
sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku
kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti
dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya
memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan
menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi
pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. " penutup Ustaz Sa'ad sudah
dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi
hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap
hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar
sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa'ad
tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil..

baca ini :

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang
lelaki
itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki
yang
betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki
itu
berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan
Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya
mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri
mengenai
ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya
seorang
diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah
tugasmu.. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia
dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku
adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara
yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan
bimbang.
Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada
Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang
dipenuhi bauan kasturi.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan,
di
hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,
mahupun dari nabi atau malaikat.'

Wallahua'alam..

Sunday, May 9, 2010

~kEmBaLiKaN~

pandanglah..
pandanglah ke dalam mataku..
pandanglah dengan mata hatimu..
nescaya..
akan kau temui..
secebis cahaya..
kian malap dek putaran waktu..
jangan salahkan mentari..
jangan salahkan rembulan..
kerana hanya kau..
hanya kau yang mampu..
membawa sinar itu..
kembali..

Thursday, May 6, 2010

~no title~

salam semua...!!!MySpace
kabare??saya waras..hehe
kenapalah malas sangat nak update blog nih...MySpace
nak tau apa yang membuatkan saya bangkit..MySpacebangun dari tidur..tersedar dari lamunan..untuk update???nak tau???
tadi..adalah seorang sahabat tu...dia ingatkan..
"azie, update blog! grr" hehe thanx syed..MySpacelalala~

ok, untuk kali ni saya nak cakap tentang movie lah..MySpace
sebab baru-baru ni saya tengok satu movie yang sangat memberi mesej yang mendalam..
nak tau apa dia?? mungkin kamu semua beranggapan ia adalah cerita cinta, kekeluargaan, ataupun hasad dengki sesama manusia..tapi rasanya saya boleh menganggap ia cerita yang berunsurkan semangat cintakan bangsa..

sehubungan dengan itu, jika kita peka, kita akan sedar bahawa ramai anak muda zaman kini yang hilang jati diri.MySpace sebelum saya meneruskan kata-kata saya(ceh,macam nak berpidatolah pulak) ingin saya bertanya, apakah yang dimaksudkan dengan 'jati diri'? adakah seseorang yang makan nasi jenama berasnya JATI??atau seorang hartawan yang mampu memiliki perabot kayu JATI??haha oleh itu saya sarankan kamu semua rujuk kamus dewan bahasa dan pustaka ya..MySpace

opss..jangan marah. apapun, saya berpendapat jati bermaksud tulen. jadi, seseorang yang mempunyai 'jati diri' bermaksud? seseorang yang berwatak tulen, tak kiralah rohaniah atau lahiriah. apakah jati diri kita sebagai bangsa melayu? itulah yang selalu dilupakan oleh masyarakat kita. usah pertikai pengaruh barat kepada umat sejagat, tetapi mari koreksi diri, apa usaha dan tindakan kita untuk menghadapi dan menentang pengaruh yahudi itu. adakah kita benar-benar Islam yang TULEN?MySpace atau kita adalah produk-produk Islam yang YAHUDI NAK?MySpace fikir-fikirkan wahai temanku sekalian..MySpace

justeru, cerita yang saya tengok ialah.......IP MAN 2!!!huhu
ia sebuah cerita kung fu cina sebenarnya. ip man tu nama seorang ahli kung fu wing chun cina yang handal. cerita ini mengisahkan bagaimana beliau menggunakan kemahiran beliau dalam kung fu untuk mempertahankan bangsa. mungkin ada yang berpendapat kita perlu menyokong filem melayu, tetapi apa sebenarnya motif kita menonton sesebuah cerita? adakah suka suki?MySpace atau mengisi masa lapang? saya tak nafikan bahawa kedua-duanya benar dan tak salah. tetapi, apa kata kita selitkan niat untuk mengambil iktibar dari setiap cerita yang kita tonton. nah, ada manfaatnya bukan..?(^_^)v

jadi, ingin saya kongsikan pengajaran yang boleh diambil dari cerita ip man ini. pertama ialah kepentingan mempelajari seni mempertahankan diri. mungkin ada yang beranggapan seni mempertahankan diri dipelajari untuk membelasah orang lain,MySpace atau menolong orang lain yang dalam kesusahan,MySpace atau ada juga yang berpendapat ia sekadar membuang masa. tetapi kita sebenarnya silap. kesilapan kita bukan apabila kita mempelajari seni mempertahankan diri, tetapi apabila kita silap memilih jenis seni mempertahankan diri itu sendiri. kerana tanpa kita sedari setiap jenis seni mempertahankan diri mewakili atau menunjukkan bangsa. nah, ini salah satu contoh warisan bangsa yang patut kita pelihara. dalam cerita ini kung fu mewakili bangsa cina. apakah seni mempertahankan diri yang mewakili bangsa melayu?MySpace saya tinggalkan anda dengan pertanyaan untuk dicari..=P

selain itu, walaupun status, pangkat atau darjat setiap orang berbeza namun maruah setiap orang adalah sama. kerana setiap orang mempunyai satu maruah yang perlu dijaga. jadi, bila maruah seseorang jatuh, adakah ia boleh diganti dengan maruah orang lain? tidak sama sekali!MySpace jadi, hormatilah antara satu sama lain. segalanya bermula dengan diri sendiri. bila kita hormat orang lain, orang lain juga akan turut hormat pada kita. jika kita hormat bangsa lain, bangsa lain pun akan turut hormat bangsa kita. tetapi ingin saya ingatkan bahawa hormat disini bukan tunduk patuh, tetapi memberi hak yang sewajarnya.

akhir kalam, ini sekadar pendapat apa yang pernah saya lalui. kerana pengalaman itu sebaik-baik guru. jadi, untuk mendapat pemahaman yang lebih, tontonlah IP MAN 1 & IP MAN 2!!!hehe dan jangan lupa belajar seni mempertahankan diri!(untuk sama-sama pertahankan bangsa)MySpace

ok, akhirnya...siap bercerita!huhu daa~MySpace
salam semangat bangsa..
"TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...