Wednesday, April 29, 2009

Kisah Perompak Dengan SHEIKH ABDUL QADIR JAILANI


Abd Al-Qadir telah dilahirkan di Jiran, sebuah wilayah di barat laut Iran pada tahun 470 Hijrah. Beliau berketurunan Arab dan mempunyai salasilah dengan Nabi Muhammad S.A.W. Beliau merupakan keturunan yang kesepuluh daripada Hassan Bin Ali.

Sheikh Abd Qadir mempunyai pengetahuan yang luas dalam ilmu agama. Ramai penduduk pergi mendengar syarahannya termasuklah Raja dan pembesar-pembesar pada waktu itu.

Pada suatu hari, semasa beliau berumur 18 tahun, kecintaan ilmu dalam dirinya sangat tinggi. Lalu beliau memberitahu ibunya tentang hasrat beliau untuk pergi menuntut ilmu di Baghdad (Iraq). Ibunya berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengannya. Walaupun sedih, ibunya tetap mengizinkan beliau menuntut ilmu. Sebelum berangkat pergi, ibunya telah memberikan 7 dinar sebagai bekalan, dan menasihati beliau agar tidak sesekali menipu.

Semasa dalam perjalanan ke Kota Baghdad, kabilah yang beliau ikuti telah diserang sekumpulan perompak. Ketika barang-barang dagangan dan wang dirampas, ketua perompak tertarik dengan Abd Qadir lalu mengugut beliau: "Hei budak, berapakah duit yang kau ada?". Abd Qadir teringat akan pesanan ibunya supaya tidak bercakap bohong lalu berkata: "Saya hanya ada 7 dinar sahaja." Apabila perompak itu membuka kantung duitnya, perompak itu terkejut kerana dalam kantung tersebut mempunyai 7 dinar.

Ketua perompak tersebut begitu terpegun dengan kejujuran Abd Qadir. Dia benar-benar insaf dan bertaubat atas kesalahannya. Kejujuran yang ditunjukkan oleh Abd Qadir telah membuatkan dia malu atas kesilapan dirinya. dengan itu, segala harta yang dirampas telah dipulangkan balik kepada kabilah tersebut.

Begitulah kisah Sheikh Abd Qadir semasa mudanya. Keberanian dan kejujuran telah berjaya meletakkan dirinya seorang yang dihormati. Sebagai pemuda pemudi Islam, marilah kita mencontohi akhlak dan peribadi beliau dalam membawa misi rahmat ke seluruh alam.

Mudah-mudahan kita semua tidak tergolong dalam ciri-ciri orang yang munafik iaitu:
1) APABILA BERCAKAP, DIA BERDUSTA
2) APABILA BERJANJI, DIA MUNGKIR
3) APABILA DIBERI AMANAH, DIA KHIANAT

Sekian, Wallahua'lam...


Salam Sedamai Pantai...

salam..
salam sesuci embun pagi..
sehening terbitnya suria pagi..
sedamai pukulan ombak di subuh hari..

alhamdulillah..
aku masih hidup..
dikurniakan kesihatan..
sihat akal fikiran..
luhur pengertian..

ingin aku ungkai detik semalam..
yang mengingatkan aku kebesaranNya..
pemurahnya DIA..
penyayangnya DIA..
pada aku..

hari ini..
syukur aku panjatkan..
atas cintaMU yang tiada tolok bandingan..
SUBHANALLAH..
SUBHANALLAH..
SUBHANALLAH...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...