Rasanya sudah agak lama saya tidak diuji dengan ditarik nikmat sihat. hm.. astaghfirullah al-'adzim.. semalam selsema datang dengan teruk hingga hampir demam.

Walaupun demam hampir melanda diri, namun semangat menonton perlawanan badminton Piala Thomas & Uber tidak goyah..hehe ni baru dikatakan demam badminton.. malam tadi perlawanan yang amat sengit antara Malaysia dan Denmark. perlawanan kali ini untuk menentukan pasukan mana yang akan meneruskan perlawanan di peringkat separuh akhir. bayangkan mak, ayah, dan adik juga turut sama menyaksikan perlawanan ini. mungkin kerana terpengaruh dengan semangat yang ditunjukkan oleh saya.hehe

Setelah menyaksikan 2 kemenangan dan 2 kekalahan, kini tibalah masa penentuan. Mohd Hafiz Hashim mewakili Malaysia sebagai pemain perseorangan akan melawan wakil perseorangan Denmark untuk menenentukan nasib Malaysia dalam kejohanan penuh berprestij ini.
Dalam set pertama alhamdulillah, hafiz menang 26-24. kemudian set kedua disaksikan dengan penuh debaran. saya siap boleh membaca pergerakan hafiz lagak seorang pakar badminton..hoho mana taknya, hafiz suka bermain berhampiran jaring.


Hm, malam ini jom sama-sama saksikan perlawanan seterusnya. untuk peringkat separuh akhir, Malaysia akan berentap dengan China. wah! China pun tak kurang hebatnya..huu



Sekian sahaja laporan untuk waktu ini..
~Majulah Sukan Untuk Negara~
Daa~

No comments:
Post a Comment