Thursday, November 3, 2011

cegahlah sebelum parah~


Bismillahirrahmanirrahim...

Hati itu
berdarah lagi
dirobek sang tombak
di suatu sudut kecil
tanpa sedar
kian parah gamaknya

Darah itu
akibat luka
baru terpalit
tapi entah bila
kerna alpa
lakonan dunia

Dulu percaya
kini tiada
akibat madah
manis tak bergula
disangkanya manis
rupanya racun berbisa

Sakitnya hati
tak tertanggung lagi
tak henti-henti
bertanya diri
apakah salah
yang dirasa itu

Iblis dan syaitan
berbisik mesra
putuskan saja
silaturrahim itu
amarah dan dendam
kian terasak

Naluri merayu
kamukah itu?
ia tak sama
ini bukan kamu!
naluri inginkan
kamu yang dulu

Maniskan mukamu
ukir senyummu
buang amarahmu
belai hatimu
tenangkan jiwamu
DISISI TUHANMU...

***********

Duhai adikku,
inginku kongsikan coretan buatmu,
agar kau mengerti betapa aku mengasihimu...

Duhai adikku sayang,
kita dicipta oleh Allah untuk di uji,
apa yang terjadi pada diri kita dan di depan mata kita, semuanya adalah ujian untuk kita...

Adik,
setiap ujian itu walaupun datang daripada orang yang kita sayang, semuanya dengan kehendak Allah jua,
untuk menguji sejauh mana nilai kesabaran kita dalam diuji,
tidak manis kalau kita benci kerana semuanya atas keizinan-Nya jua,
bersabarlah...Allah Ta'ala sentiasa hampir bersamamu...

Wahai adikku yang amat ku kasihi,
peliharalah hatimu daripada berkiblatkan baitul iblis yang mengajak kita berpecah-belah dan berselisih hati,
sesungguhnya sunnah Rasulmu itu paling tinggi iaitu penyatuan dan bersatu,
kasihilah sesama muslim saudaramu kerana mereka sebahagian dari dirimu...

"Aslim, taslam, yu'tikallahu ajra marratain..."
Adikku,
kita sama-sama lemah dan saling memerlukan teguran antara kita,
bebaskan diri kita daripada di belenggu semua itu,
kerana tanggungjawab kita pada umat lebih utama sebagai objektif hidup,
bersabarlah tika datangnya ujian...

Wallahua'alam...

Sunday, October 16, 2011

dikelilingi cinta~



Bismillahirrahmanirrahim...

Cinta lahirnya sejak azali
menaungi hati nan redup
membaluti luka nan parah
menyirami bunga nan layu

Hadirnya tanpa khabar
menuntuni setiap langkah
menyantuni laku tingkah
mengiringi ketentuan Tuhan

tamat : bahagian 1~

Tuesday, September 6, 2011

bersedialah wahai hati..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..
Selesai mengadun dua adunan biskut batek..huhu
Untuk bekalan di bawa pulang ke UIA..dan untuk abang tersayang sikit..
Oleh kerana abang dah balik awal.. Petang nanti akan bertolak ke Sri Kembangan..
Esok bermulalah kehidupan adik sebagai seorang mahasiswi..
Kudoakan semoga adik tabah, dikuatkan iman dan tidak mudah terpengaruh dengan anasir tidak sihat di sana (UPM)..


Minggu depan bermula semester baru..
Oh Tuhan..berilah aku kekuatan jiwa untukku realisasikan harapan mama dan ayah... (~_~)

Tuesday, August 23, 2011

jom perkasa ilmu!




Assalamualaikum... =)

Salam 23 Ramadhan 1432H! Sedar tak sedar sudah tinggal lebih kurang seminggu sahaja peluang untuk kita menunaikan solat tarawih.. Sebab, solat ni hanya disyariatkan pada bulan Ramadhan je.. Sesiapa yang terlebih rajin nak buat jugak pada bulan-bulan lain tak usahlah.. Hanya boleh buat dalam bulan Ramadhan je tau..

Dalam kita sibuk berpuasa dan beribadah disiang hari, bagaimana pula malam-malam terakhir kita? Semoga kita sama-sama mengisinya dengan solat-solat sunat dan bacaan Al-Quran... InsyaAllah..

Kali ini, saya nak kongsi satu rancangan tv yang menarik perhatian saya dan seisi keluarga, sebuah rancangan yang dihidangkan sepanjang bulan Ramadhan kali ini iaitu rancangan IHYA' RAMADAN di TV ALHIJRAH.


Salah seorang penceramah dalam rancangan ini seorang pensyarah muda KUIS, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. Apa yang menarik tumpuan saya bukan kerana paras rupanya, tetapi cara beliau menerangkan tentang sesuatu isu. Kelakar pun ada ustaz ni, beliau menyampaikan dakwah beliau dengan bersungguh-sungguh, ustaz macam ni lah yang diperlukan zaman sekarang ni, taklah budak-budak tidur dengar ceramah.. huhu Tapi ustaz ni memang humor, lawak bersahaja dan ada 'trademark' tersendiri.. Oleh itu, saya percaya rancangan ini amat sesuai untuk segenap lapisan masyarakat, lebih-lebih lagi golongan yang mahu menghayati dan mengetahui dengan lebih dalam lagi tentang Ramadhan. Bukan ustaz-ustaz atau pendakwah bebas yang lain tak bagus, tetapi lahirnya ustaz ini sedikit sebanyak memberi nafas baru dalam dunia dakwah interaktif di Malaysia.. Dan apa yang paling penting, sama-samalah kita berdoa agar dakwah yang hendak disampaikan oleh semua pendakwah di Malaysia meresap di hati dan sanubari pendengar seterusnya di amalkan, agar generasi manusia masa kini menjadi insan bertaqwa di sisi Allah, insyaAllah.. :)

Maklumat lanjut atau tak sempat tengok kat TV ALHIJRAH boleh layari laman web ni :
http://www.tvalhijrah.com/ atau terus ke link di bawah untuk menonton rancangan tersebut :

p/s : Ustaz Azhar Idrus pun 'cool' juga.. hehe
ops.. sebelum terlupa, jangan lihat siapa yang menyampaikan tetapi ambil apa yang baik yang disampaikan..ok!

"Jangan melihat siapa yang bicara tapi lihatlah apa yang dibicarakan" (Ali bin Abi Thalib)

Sekian untuk hari ni..
Wallahua'alam.. (^_^)v

Monday, August 22, 2011

Ramadhanku~1432H


Assalamualaikum... ^^,

Lama tak dengar khabar.. apa khabar semua? Mudah-mudahan masih lagi dikurniakan tubuh badan yang sihat, iman yang teguh, jiwa yang tenang, dan akal yang cerdas..InsyaAllah..

Saya tak tahu kanapa Ramadhan kali ini sangat berlainan dari tahun-tahun sebelumnya..
Tahun ni, rasa sayu sangat.. Rasa sedih menghitung hari perginya Ramadhan kali ini dari sisi... (~_~)

~~~Ya Allah, Kau berkatilah setiap detik perjalanku dalam bulan ini, dan berilah aku kesempatan untuk bertemunya lagi pada tahun mendatang. Kau limpahkanlah rahmat dan maghfirah untukku dan seluruh umat Islam di dunia ini. Jadikanlah titik kegembiraan 'Aidilfitri' sebagai titik kembalinya kami kepada fitrah. Namun, andai Ramadhan kali ini yang terakhir buatku, Kau redailah hari-hari yang pernah ku lalui sebagai hamba-Mu, Kau terimalah amalan-amalanku serta jadikanlah hari-hari yang ku lalui sepanjang bulan ini amat bermakna untukku sebagai seorang hamba dan untuk bekalan menuju-Mu...~~~
Amin Ya Rabbal 'Alamin...


"ketenangan itu milik-Nya
justeru aku bersyukur atas kurnia-Nya
diberi kesempatan menagih cinta-Nya
buat peneman sepanjang usia...

tatkala ujian datang bertimpa
ku tahu itu tanda kasih-Nya
ku adu pada-Nya tak kira masa
kerna ku tahu Pengasihnya Dia..."

*******

Jadi, oleh kerana dah lama sangat tak berkongsi cerita, jom hayati cerita saya pada Ramadhan kali ni... =)

>>> oleh sebab saya menemani kakak di rumah sewanya yang tiada dapur, jadi kami terpaksa membeli makanan untuk berbuka..hihi

Suatu petang, di bazar ramadhan sri serdang.. ntah kenapa saya teringin sangat nak makan karipap, kakak pula teringan nak makan kuih kasui..(saya pun suka kuih tu =P). Tapi ntah kenapa tak terbeli pula.. nak jimat la katakan.. memang kami dah budget tak boleh lebih harga sekian-sekian.. huhu Kemudian, kami pun balik dengan rasa syukur dengan apa yang ada..

Sesampainya di pagar rumah, tiba-tiba seorang jiran sebelah rumah kakak memberi salam, kakak pun menjawab salam (saya dah kat dalam rumah).. tiba-tiba beliau menghulurkan satu pinggan sederhana yang berisi kuih-muih. Kakak tidak lupa mengucapkan terima kasih banyak-banyak. Saya yang tertanya-tanya apa yang sedang berlaku terngendap-ngendap dari dalam, rupanya bila kakak masuk baru saya tahu yang kami mendapat rezeki lebih hari itu iaitu.... beberapa biji kuih KARIPAP dan kuih KASUI!!! Gembiranya hati kami bukan kepalang, terus saya membisikkan ke telinga kakak, "Alhamdulillah kak...Allah dengar suara hati kita!!!sayangnya Allah.." Kakak pun sangat gembira, memang rezeki kami hari itu.. Setelah berbuka, ternyata kuih-kuih tersebut saaaangat sedap! Alhamdulillah... terima kasih jiran kakak.. hehe ^^,

Pengajaran untuk hari penuh barakah itu, betapa Maha Mendengarnya Allah, sehingga bisikan hati kita walau di mana kita berada mampu diketahui-Nya.. Subhanallah.. Jadi, wajib kita imani kebenaran salah satu sifat wajib bagi Allah iatu Sama’ (mendengar) dan mustahil Allah bersifat shomam (tuli).
“ …Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui ”
—(Al Baqarah : 256)

Sekian.. semoga bermanfaat..
Wallahua'alam.. (^_^)v
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...