Monday, October 25, 2010

hm..

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdu lillah... bersyukur ke hadrat-Nya.. kita diizinkan lagi untuk bernafas di atas muka bumi ini.. selawat dan salam juga ditujukan kepada junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. kerana dengan berkat baginda.. juga kepada kedua ibu bapa kita, kerana hikmah dan karamah mereka.. dapat kita lahir ke dunia yang fana ini.. Al-Fatihah...

Sungguh, kerinduan itu amat payah untuk diterjemahkan dengan kata-kata. Namun, apa yang lebih penting untuk membuktikan cinta kita? Jawapannya, dengan mengiringi dalam setiap doa.. Benar, usaha dahulu, kemudian berserah dan bertawakal menyusul.

Saturday, October 2, 2010

~wahai mawar-mawarku yang berduri...



Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah...betapa banyaknya nikmat yang Kau anugerahkan pada hamba-Mu ini.. tak terhitung dengan jemari kaku, tak dapat dibilang bagai bintang beribu..

Hanya senyuman yang dapat menggambarkan perasaan saya tika ini. Betullah kata-kata para da'ie, HIDAYAH perlu DICARI... dan apabila kita bersungguh-sungguh dalam pencarian, insyaAllah Allah pasti akan membantu. Bagaimanakah??? Dengan menghadirkan dan menemukan kita dengan orang-orang yang boleh membantu kita untuk mencapai mardhotillah~

Pada tanggal 30 september yang lalu, mungkin saat itulah titik permulaan semula bagi saya dan mungkin bagi beberapa muslimah lain untuk membuat satu lonjakan paradigma, satu perubahan yang mungkin dianggap enteng oleh sesetengah pihak. Namun, bagi saya ia adalah satu anugerah ruang dan peluang untuk saya memperbaiki diri. Slot selama satu jam bersama Kak Fatimah Syarha bertajuk 'Impikan Menjadi Wanita Ideal' sudah cukup membuat hati saya terkesan. Dengan gaya penyampaiannya yang lembut dan sopan sedikit sebanyak mengetuk pintu iman dan jendela fitrah dalam sanubari saya. Tidak sabar rasanya menantikan karya terbaru beliau yang bertajuk 'Bebaskan'...

Justeru, sukalah kiranya andai saya memetik kata-kata beliau iaitu dalil yang merujuk kepada ciri wanita ideal yang utama iaitu taatkan Allah dan suci maruah. Mari kita rujuk mafhum surah An-Nisa' ayat 34 yang bermaksud : 'Maka perempuan-perempuan yang soleh, adalah mereka yang taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika (suaminya) tidak ada, kerana Allah telah menjaga (mereka)'. Dengan kata lain, "Wanita yang solehah ialah wanita yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tiada." Pada ketika itu, kak Syarha bertanyakan salah seorang yang hadir pada malam itu. "adik, dimana suami adik?" kemudian wanita tersebut yang juga rakan sekelas saya menjawab, "saya belum berkahwin kak.." beberapa detik kemudian, kak Syarha membalas, "yeke, adik ingat lagi tak semasa adik dalam kandungan ibu adik, Allah sudah menetapkan seorang pasangan yang juga seorang suami kepada adik..adik ingat tak..?" Terkedu saya mendengar pernyataan itu. Ya, sememangnya telah tercatat seungkap nama lelaki di luh mahfuz untuk kita sebagai pasangan. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadi kita. Betapa indahnya aturan Allah. Hanya Dia yang mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Daripada pemahaman surah An-Nisa' itu tadi dapat disimpulkan bahawa, sebagai seorang wanita kita tidak boleh tidak untuk menjaga dan memelihara maruah diri walaupun kita belum bersuami. Hal ini kerana, kita bukan tak punya suami, tetapi cuma belum dipertemukan di alam fana ini. Jadi, wahai teman-temanku yang bergelar wanita, marilah kita sama-sama memelihara maruah dan kesucian diri demi suami yang sama-sama setia menunggu. Jika bukan di dunia, pastinya di pintu syurga nanti yang kekal abadi. Jom kecapi cinta teragung! CINTA ILAHI~ InsyaAllah, Amin Ya Rabbal Alamin...

Di samping itu, ingin saya untaikan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada teman sejiwa saya, Nadja Nadia binti Mohd Hamdan atas ingatan dan sokongan beliau. Terima kasih juga atas kesetiaan beliau memberi motivasi untuk saya meneruskan hidup yang penuh onak dan duri ini. Begitulah perlunya kita kepada seorang sahabat. Yang dikatakan seorang sahabat yang sejati itu, ialah apabila kita pandang wajahnya kita teringat akan Allah. Apabila kita dengar percakapannya, bertambah rasa kasih dan sayang pada Allah. Dan apabila kita berjauhan daripadanya tiada yang lebih indah melainkan apabila kita bertemu dan berpisah kerana Allah...

Sampai di sini sahaja perkongsian kali ini. Ianya sekadar perkongsian, sesungguhnya tidak mustahil kita akan diuji dengan apa yang dibincangkan sebentar tadi. Semoga kita sentiasa dihambat di jalan taqwa dan diredai dalam apa jua perkara yang kita lakukan. Segala yang baik datangnya daripada Allah yang Maha Agung. Sayang Allah~ (^_^) Wallahua'alam...

Friday, October 1, 2010

sekuntum mawar berduri~

Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang Maha Menghidupkan serta Maha Mematikan. Selawat dan salam atas junjungan Rasulullah s.a.w..

Tiada kata yang mampu ku ungkapkan saat ini...
Hanya linangan airmata yang mampu ku zahirkan...
Sungguh!
Aku rindu detik itu...
Andai bisa ku putar roda-roda kehidupan...
Menjejak tinta-tinta nur iman...
Menyusun helaian-helaian taqwa...
Yang membekas dalam sanubari insan...
Bergelar HAMBA~ (~_~)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...