Thursday, November 3, 2011

cegahlah sebelum parah~


Bismillahirrahmanirrahim...

Hati itu
berdarah lagi
dirobek sang tombak
di suatu sudut kecil
tanpa sedar
kian parah gamaknya

Darah itu
akibat luka
baru terpalit
tapi entah bila
kerna alpa
lakonan dunia

Dulu percaya
kini tiada
akibat madah
manis tak bergula
disangkanya manis
rupanya racun berbisa

Sakitnya hati
tak tertanggung lagi
tak henti-henti
bertanya diri
apakah salah
yang dirasa itu

Iblis dan syaitan
berbisik mesra
putuskan saja
silaturrahim itu
amarah dan dendam
kian terasak

Naluri merayu
kamukah itu?
ia tak sama
ini bukan kamu!
naluri inginkan
kamu yang dulu

Maniskan mukamu
ukir senyummu
buang amarahmu
belai hatimu
tenangkan jiwamu
DISISI TUHANMU...

***********

Duhai adikku,
inginku kongsikan coretan buatmu,
agar kau mengerti betapa aku mengasihimu...

Duhai adikku sayang,
kita dicipta oleh Allah untuk di uji,
apa yang terjadi pada diri kita dan di depan mata kita, semuanya adalah ujian untuk kita...

Adik,
setiap ujian itu walaupun datang daripada orang yang kita sayang, semuanya dengan kehendak Allah jua,
untuk menguji sejauh mana nilai kesabaran kita dalam diuji,
tidak manis kalau kita benci kerana semuanya atas keizinan-Nya jua,
bersabarlah...Allah Ta'ala sentiasa hampir bersamamu...

Wahai adikku yang amat ku kasihi,
peliharalah hatimu daripada berkiblatkan baitul iblis yang mengajak kita berpecah-belah dan berselisih hati,
sesungguhnya sunnah Rasulmu itu paling tinggi iaitu penyatuan dan bersatu,
kasihilah sesama muslim saudaramu kerana mereka sebahagian dari dirimu...

"Aslim, taslam, yu'tikallahu ajra marratain..."
Adikku,
kita sama-sama lemah dan saling memerlukan teguran antara kita,
bebaskan diri kita daripada di belenggu semua itu,
kerana tanggungjawab kita pada umat lebih utama sebagai objektif hidup,
bersabarlah tika datangnya ujian...

Wallahua'alam...

Sunday, October 16, 2011

dikelilingi cinta~



Bismillahirrahmanirrahim...

Cinta lahirnya sejak azali
menaungi hati nan redup
membaluti luka nan parah
menyirami bunga nan layu

Hadirnya tanpa khabar
menuntuni setiap langkah
menyantuni laku tingkah
mengiringi ketentuan Tuhan

tamat : bahagian 1~

Tuesday, September 6, 2011

bersedialah wahai hati..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..
Selesai mengadun dua adunan biskut batek..huhu
Untuk bekalan di bawa pulang ke UIA..dan untuk abang tersayang sikit..
Oleh kerana abang dah balik awal.. Petang nanti akan bertolak ke Sri Kembangan..
Esok bermulalah kehidupan adik sebagai seorang mahasiswi..
Kudoakan semoga adik tabah, dikuatkan iman dan tidak mudah terpengaruh dengan anasir tidak sihat di sana (UPM)..


Minggu depan bermula semester baru..
Oh Tuhan..berilah aku kekuatan jiwa untukku realisasikan harapan mama dan ayah... (~_~)

Tuesday, August 23, 2011

jom perkasa ilmu!




Assalamualaikum... =)

Salam 23 Ramadhan 1432H! Sedar tak sedar sudah tinggal lebih kurang seminggu sahaja peluang untuk kita menunaikan solat tarawih.. Sebab, solat ni hanya disyariatkan pada bulan Ramadhan je.. Sesiapa yang terlebih rajin nak buat jugak pada bulan-bulan lain tak usahlah.. Hanya boleh buat dalam bulan Ramadhan je tau..

Dalam kita sibuk berpuasa dan beribadah disiang hari, bagaimana pula malam-malam terakhir kita? Semoga kita sama-sama mengisinya dengan solat-solat sunat dan bacaan Al-Quran... InsyaAllah..

Kali ini, saya nak kongsi satu rancangan tv yang menarik perhatian saya dan seisi keluarga, sebuah rancangan yang dihidangkan sepanjang bulan Ramadhan kali ini iaitu rancangan IHYA' RAMADAN di TV ALHIJRAH.


Salah seorang penceramah dalam rancangan ini seorang pensyarah muda KUIS, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. Apa yang menarik tumpuan saya bukan kerana paras rupanya, tetapi cara beliau menerangkan tentang sesuatu isu. Kelakar pun ada ustaz ni, beliau menyampaikan dakwah beliau dengan bersungguh-sungguh, ustaz macam ni lah yang diperlukan zaman sekarang ni, taklah budak-budak tidur dengar ceramah.. huhu Tapi ustaz ni memang humor, lawak bersahaja dan ada 'trademark' tersendiri.. Oleh itu, saya percaya rancangan ini amat sesuai untuk segenap lapisan masyarakat, lebih-lebih lagi golongan yang mahu menghayati dan mengetahui dengan lebih dalam lagi tentang Ramadhan. Bukan ustaz-ustaz atau pendakwah bebas yang lain tak bagus, tetapi lahirnya ustaz ini sedikit sebanyak memberi nafas baru dalam dunia dakwah interaktif di Malaysia.. Dan apa yang paling penting, sama-samalah kita berdoa agar dakwah yang hendak disampaikan oleh semua pendakwah di Malaysia meresap di hati dan sanubari pendengar seterusnya di amalkan, agar generasi manusia masa kini menjadi insan bertaqwa di sisi Allah, insyaAllah.. :)

Maklumat lanjut atau tak sempat tengok kat TV ALHIJRAH boleh layari laman web ni :
http://www.tvalhijrah.com/ atau terus ke link di bawah untuk menonton rancangan tersebut :

p/s : Ustaz Azhar Idrus pun 'cool' juga.. hehe
ops.. sebelum terlupa, jangan lihat siapa yang menyampaikan tetapi ambil apa yang baik yang disampaikan..ok!

"Jangan melihat siapa yang bicara tapi lihatlah apa yang dibicarakan" (Ali bin Abi Thalib)

Sekian untuk hari ni..
Wallahua'alam.. (^_^)v

Monday, August 22, 2011

Ramadhanku~1432H


Assalamualaikum... ^^,

Lama tak dengar khabar.. apa khabar semua? Mudah-mudahan masih lagi dikurniakan tubuh badan yang sihat, iman yang teguh, jiwa yang tenang, dan akal yang cerdas..InsyaAllah..

Saya tak tahu kanapa Ramadhan kali ini sangat berlainan dari tahun-tahun sebelumnya..
Tahun ni, rasa sayu sangat.. Rasa sedih menghitung hari perginya Ramadhan kali ini dari sisi... (~_~)

~~~Ya Allah, Kau berkatilah setiap detik perjalanku dalam bulan ini, dan berilah aku kesempatan untuk bertemunya lagi pada tahun mendatang. Kau limpahkanlah rahmat dan maghfirah untukku dan seluruh umat Islam di dunia ini. Jadikanlah titik kegembiraan 'Aidilfitri' sebagai titik kembalinya kami kepada fitrah. Namun, andai Ramadhan kali ini yang terakhir buatku, Kau redailah hari-hari yang pernah ku lalui sebagai hamba-Mu, Kau terimalah amalan-amalanku serta jadikanlah hari-hari yang ku lalui sepanjang bulan ini amat bermakna untukku sebagai seorang hamba dan untuk bekalan menuju-Mu...~~~
Amin Ya Rabbal 'Alamin...


"ketenangan itu milik-Nya
justeru aku bersyukur atas kurnia-Nya
diberi kesempatan menagih cinta-Nya
buat peneman sepanjang usia...

tatkala ujian datang bertimpa
ku tahu itu tanda kasih-Nya
ku adu pada-Nya tak kira masa
kerna ku tahu Pengasihnya Dia..."

*******

Jadi, oleh kerana dah lama sangat tak berkongsi cerita, jom hayati cerita saya pada Ramadhan kali ni... =)

>>> oleh sebab saya menemani kakak di rumah sewanya yang tiada dapur, jadi kami terpaksa membeli makanan untuk berbuka..hihi

Suatu petang, di bazar ramadhan sri serdang.. ntah kenapa saya teringin sangat nak makan karipap, kakak pula teringan nak makan kuih kasui..(saya pun suka kuih tu =P). Tapi ntah kenapa tak terbeli pula.. nak jimat la katakan.. memang kami dah budget tak boleh lebih harga sekian-sekian.. huhu Kemudian, kami pun balik dengan rasa syukur dengan apa yang ada..

Sesampainya di pagar rumah, tiba-tiba seorang jiran sebelah rumah kakak memberi salam, kakak pun menjawab salam (saya dah kat dalam rumah).. tiba-tiba beliau menghulurkan satu pinggan sederhana yang berisi kuih-muih. Kakak tidak lupa mengucapkan terima kasih banyak-banyak. Saya yang tertanya-tanya apa yang sedang berlaku terngendap-ngendap dari dalam, rupanya bila kakak masuk baru saya tahu yang kami mendapat rezeki lebih hari itu iaitu.... beberapa biji kuih KARIPAP dan kuih KASUI!!! Gembiranya hati kami bukan kepalang, terus saya membisikkan ke telinga kakak, "Alhamdulillah kak...Allah dengar suara hati kita!!!sayangnya Allah.." Kakak pun sangat gembira, memang rezeki kami hari itu.. Setelah berbuka, ternyata kuih-kuih tersebut saaaangat sedap! Alhamdulillah... terima kasih jiran kakak.. hehe ^^,

Pengajaran untuk hari penuh barakah itu, betapa Maha Mendengarnya Allah, sehingga bisikan hati kita walau di mana kita berada mampu diketahui-Nya.. Subhanallah.. Jadi, wajib kita imani kebenaran salah satu sifat wajib bagi Allah iatu Sama’ (mendengar) dan mustahil Allah bersifat shomam (tuli).
“ …Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui ”
—(Al Baqarah : 256)

Sekian.. semoga bermanfaat..
Wallahua'alam.. (^_^)v

Wednesday, August 10, 2011

selamat tinggal...

Assalamualaikum semua...

sempena bulan ramadhan yang mulia ni, nak ucapkan salam ramadhan al-mubarak daaaannnn.....selamat tinggal...

saya buat penghijrahan...
pindah blog baru..hehe
blog ni..mungkin akan berehat dulu...

jadi, sampai sini je..
semoga berjumpa lagi..

wallahua'alam.. (^_^)

Monday, April 25, 2011

rancangan ADIK-ADIKKU~ adik zaid najmuddin... (^_^)

Bismillahirrahmanirrahim...

Saya sangat teruja mendengar celoteh adik zaid ni..
Dahla suara sedap.. bijak berkata-kata lagi...
Tiba-tiba impikan anak sebijak ni...huhu =p
Tapi... haruslah bermula dari diri sendiri kan.. wink3!
Selamat mendengar...
~Renung-renungkan dan Selamat Beramal~



Thursday, April 21, 2011

peTUA KITA semua: MAKSUD CINTA~

Bismillahirrahmanirrahim...

peTUA KITA semua: MAKSUD CINTA~:

1. Cinta itu KOMITMEN.

Cinta, tak boleh main-main. Cinta perlu komitmen. Bukan main campak buang semacam. Perlu dirancang dan dilaksana sebaik mungkin.

Tak bolehlah nak bergaduh, paksa-paksa dan mengabaikan tanggungjawab pada pasangan. Untuk yang dah berkahwin, nafkah wajib dipenuhi. Amanah sebagai suami isteri kena ditunaikan sebaiknya. Komited sebagai suami yang mithali, ummi yang solehah, agar dapat melahirkan anak-anak yang afiq, yang arif, yang anis, yang santun. Menjadikan rumahtangga dipenuhi mahabbah, mawaddah dan sakinah

2. Cinta itu intuitive: NALURI.

Cinta itu sifatnya naluri. Apa tu orang kata, “cinta itu di hati”. Bercinta yang hangat bila kita dapat merasai apa yang dirasai oleh orang yang kita sayang.

Jika taknak disakiti, kita tak menyakitkan hati orang lain. Jika nak disayang, kita akan memberi kasih sayang seluhurnya. Jika ada rasa bimbang, seringnya kita akan dapat merasa. Macam cinta ibu pada anak-anak. Sering mereka dapat rasa apa yang anak-anak mereka buat, yang baik atau tak baik untuk anak-anak, kan?

3. Cinta itu sebahagian nature: FITRAH

Cinta itu fitrah. Betul. Bila Nabi Adam dicipta, baginda rasa kesunyian. Allah ciptakan Hawa sebagai peneman. Rasa ingin disayanagi dan menyayangi tu fitrah manusia. Yang perempuan minat pada seorang lelaki. Ada lelaki jatuh cinta pada seorang wanita. Cinta itu benar dan suci.

4. Cinta sering terletak di puncak: TOP

Bila ada rasa cinta, kita akan sama-sama bekerjasama, saling mengasihi. Itulah nilai yang mengikat kita semua untuk terus bersatu. Sekuat cinta Tuhan yang memberikan pelbagai nikmat hidup, cinta itu di puncak kehidupan.

5. Cinta itu sifatnya ALTRUISTIC.

Apa tu?? Aa, altruistik maknanya melebihkan orang lain dari diri sendiri. Dalam lughah disebut al-itsar. Wah, erti pengorbanan di sini. Bak kata Ustaz Hasrizal, makna hidup pada memberi. Bila cinta, kita sanggup berkorban untuk yang kita cinta dan kasihi.
Bila ada niat untuk membahagiakan yang lain, maka kita akan usahakan yang terbaik untuk memenuhi kehidupannya dengan bahagia dan sempurna.

SUMBER http://petuakitasemua.blogspot.com/2010/11/maksud-cinta.html#ixzz1K8pe3cxV

Tuesday, April 12, 2011

kawan ketawa vs kawan menangis...

Bismillahirrahmanirrahim...

Orang kata "kawan ketawa mudah dicari, tapi kawan menangis jauh sekali"...
Betul ke??
Kepada yang belum mangalami memang akan berkata begitu...
Tetapi kepada sesiapa yang sudah merasai pastinya akan bersetuju dengan kata-kata tersebut...

Dia (kawan) yang kita percaya dunia akhirat belum pasti sentiasa berada disisi kita tika susah dan senang...
Kalau tak percaya, tunggu dan lihat...
Tatkala tiba ujian untuk kamu berdua, hadapilah dengan jujur dan sabar...

Begitu juga kawan untuk menuntut ilmu...
Ya! Kita tak tahu apa yang ada dalam hati setiap orang sebelum kita kenal hati budi mereka...
Namun, adakalanya perasaan mementingkan diri timbul ketika peperiksaan menjelma...
Atau ketika sibuk menyiapkan thesis-thesis subjek...

Justeru, berlaku jujurlah dalam setiap perhubungan...
Kawan@sahabat yang baik sentiasa ingin kawan@sahabatnya yang lain turut berjaya bersamanya, sering mendoakan kebahagiaannya, dan setia bersama saat senang dan susah...

Wallahua'alam...

p/s : hargailah sahabat anda saat dia masih disisi... (~_~)

Monday, April 11, 2011

Tiba-tiba rindu nak dengar lagu ni... (~_~) dedicate to all~

Bismillahirrahmanirrahim...

Singgah di blog untuk berkongsi sesuatu..
Sangat 'admire' dengan lagu-lagu kumpulan Far East..
Syahdu dan sayu~~~
Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang memiliki KEKAYAAN HATI.. insyaAllah, amin...
Hayatilah...

Friday, April 8, 2011

Rapuh by Opick~~~

tatkala mencari jawapan...


Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah.. saya baru selesai makan yee mee sizzling...
Dalam pada menikmati nikmat makanan pemberian Tuhan, hati sibuk berteka-teki mancari jawapan kepada sebuah persoalan yang kian lama terpendam...

Justeru, seusai makan bersama teman sebilik, saya lantas berjalan-jalan ke blog-blog yang mungkin boleh memberi barang setinta idea atau secebis luahan yang boleh dikongsi bersama...

Jadi, saya berhasil mendapat seuntai kata-kata yang sedikit sebanyak membuat saya tersenyum...

"Jika Allah selalu di hatimu ,tiada apa yang perlu engkau gusarkan. Sesungguhnya segala sesuatu yang menimpamu tatkala berjuang di jalanNya adalah penebus dosa-dosamu. Bergembiralah kerana dirimu terpilih untuknya. IKHLASkan jiwamu selagi hayat dikandung badan, selagi sihat seluruh jasad, selagi ajal belum tiba, wakafkanlah dirimu, jiwamu serta hayatmu FISABILILLAH. Sesungguhnya hidup dan nyawamu hanya sekali cuma, jadikan perlaburan terbaik buat membeli jannah."

Sumber : http://hatikumiliktuhanku.wordpress.com/

p/s : syukran ila sahibul blog... =)

bila tidur menjangkau deep sleep~~~


Bismillahirrahmanirrahim...

"Selamat malam,
tidurlah... sayangku...
siang kan tiba bercahaya,
bermula baru semua untukmu..."


Ingat tak bait-bait lagu ni?
Ala.. tajuknya 'Selamat Malam' nyanyian Faizal Tahir..
Apa mesej dia sebenarnya???
Nak cakap pasal tidur je pun..huhu

Tapi ramai antara kita yang tak tahu tidur ni ada peringkat-peringkat tau..
Ha! setiap orang mempunyai tempoh yang berbeza..
Ada yang tidur sekejap je dah nyeyak, siap dapat mimpi lagi..
Ada pulak yang tidur sehari pun belum tentu dapat mimipi..
Kenapa? Kalau takde mimpi ni tidur tak nyenyak ke?
Kenapa? Kalau ada mimpi maksudnya syaitan tidur dengan kita ke??
haha bukan macam tu..

Sebenarnya, bila kita mimpi, maksudnya kita dah sampai peringkat selepas peringkat ke-4.. iaitu dipanggil 'deep sleep'.. atau dalam bahasa arabnya 'naumun 'amiqun'...

Sejak akhir-akhir ni kan selalu sangat mimpi..
Wudhu tak tinggal...
Tidur lupa nak baca doa kot..hihi

Hm.. tiba-tiba terfikir, patutnya dalam lagu Faizal Tahir tu selitkanlah suruh baca doa ke.. kan bagus.. taklah sia-sia cipta lagu..huhu

p/s : semalam mimpi berbual dengan Asyraf Muslim.. ni semua gara-gara terlebih tengok rakaman forum 'Antara Dua Cinta' ketika Zikrul Maut Week di UIA.. kata-kata Kak Fatimah Syarha sangat menyentuh hati... moderatornya pun tak kurang hebatnya. Katanya, 'Jika kita mendapat syurga sebelum berkahwin, Allah akan tarik nikmat syurga selepas berkahwin'.. betul ke? Wallahua'alam.. (^_^)v

Thursday, April 7, 2011

exam oh exam...!!!

Bismillahirrahmanirrahim...

Fakta : "Kehidupan sebagai seorang pelajar tidak akan lari daripada ujian @ peperiksaan."

Err...
Peperiksaan @ exam ni apa?
Sejenis makanan ke?
Ke...jenama pen terkenal??
Atau makhluk ganas yang akan membaham sesiapa sahaja yang tak nak belajar???
OH TIDAK..!!!

Bukanlah..
Mengarut je kamu ni..
Exam ni kan ujian yang nak tengok tahap IQ pelajar...hoho
Eh..tapi tak jugak..
Ha! Exam ni kan ujian yang melayakkan kita untuk grad nanti..
Kalau tak lulus macam mana??
Kalau tak lulus kena ulang la..huhuhu sedih-sedih~~~

Eh,lupa pulak..
Saya pun pelajar jugak la..
Justeru, saya juga tidak boleh lari...!!! hua~

8 subjek sudah berakhir, kini tinggal 3 subjek lagi. Yeah!!! SAYA BOLEH! hehe
Selepas itu, bolehlah pulang ke kampung untuk mengubati rindu yang terpendam..kan3?

Mood : Cepatlah habis exam~~~ (~_~)

Friday, February 18, 2011

i'm not fall in love yet~

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam kasih dan sayang buat semua...MySpace
Sebenarnya kepala agak pening ketika menaip papan kekunci ini..MySpace(jap lagi exam kot) Tapi nak cerita jugak.. Lagipun dah lame tak post kan..hihi

Tarikh : 17 Feb 2011
Tempat : Edu Cafe, IIUM
Masa : Lunch hour

(ceh,campur aduk bahasa pulak) ngee~maafkan saya..

seorang kawan saya bertanyakan satu soalan yang tiba-tiba membuatkan saya terfikir..hm3

kawan : best tak belajar bahasa arab???

saya pun terdiam..
saya : err..MySpace

lepas beberapa saat baru saya jawab..
saya : erm..best! MySpace

kemudian kawan saya pun membalas..
kawan : yeke..? macam tak yakin jer..MySpace
saya : herm..entahla..MySpace

moral of the story...

~bila muhasabah diri,rupa-rupanya "i'm not fall in love yet" with arabic..i mean not fully fall in love in this subject, hurm~ MySpace

~ada kawan rapat yang dah tukar course, rasa cam...ntahla..saya masih sayang course ni..mungkin belum cukup passion lagi..uhuhu~MySpace

~kawan-kawan tolong bagi kata-kata semangat ye~MySpace

~saya nak degree bkn kerana degree...huhu~MySpace

konklusinya, dalam menuntut ilmu perlukan keghairahan(passionate)..MySpace dan jika kita cintakan ilmu, pasti ia akan mencintai kita semula..kan3? MySpace

p/s : benci bila sedar kadang-kadang study sebab exam...MySpace kamu semua jangan buat camtu, tajdid semula niat ye..apa pun yang kita lakukan mesti kerana??? = ALLAH..!MySpace jom balas cinta-Nya~~~MySpace sebab kadang-kadang kita lupa PEMILIK CINTA yang SEBENAR~ MySpace

sekian..wallahua'lam~

Friday, February 11, 2011

Cantik itu subjektif~

Bimillahirrahmanirrahim...

Semasa saya kecil dahulu, saya tidak tahu makna cantik. Tetapi, saya selalu dengar orang puji mama saya cantik. Baru saya tahu mama saya cantik. Cantik itu adalah mama saya.

Maka saya tengok mama saya. Muka mama putih melepak, mata beliau tajam menggoda. Baba kata macam mata kucing. Ramai orang ingat mama pakai kanta lekap tetapi sebenarnya mata mama memang Allah cipta sebegitu.

Mama juga seorang yang peramah dan lemah lembut. Beliau merupakan seorang guru. Apabila saya pergi ke sekolah mama, saya selalu dengar pelajar-pelajar mama puji mama cantik.

Apabila saya mula meningkat remaja, orang selalu kata kakak saya cantik macam mama saya.

Baru saya perasan, kakak saya cantik. Tetapi kakak saya berbeza daripada mama saya. Bulu mata dia lebat, melentik, dan mata dia besar. Kulit dia pula putih bersih, tidak berjerawat serta memiliki badan yang kecil.

Dia seorang yang lemah lembut dan peramah serta mudah mesra dengan orang. Dia mempunyai ramai kawan, dan ramai orang menyukai dan meminatinya.

Semua guru sukakan dia dan ramai lelaki yang ingin berkenalan dengannya. Kadang-kadang mereka berkawan dengan saya semata-mata ingin mendekati kakak saya.

Saya berbeza dengan mama dan kakak, saya tidak pernah mendapat pujian seperti mereka. Saya selalu mendengar kata-kata seolah-olah membandingkan saya dengan mama dan kakak.

Kadang-kadang mereka tidak menyangka bahawa saya merupakan anak dan adik kandung kakak memandangkan saya tidaklah secantik mereka.

Saya tembam, berkulit gelap, berjerawat, dan berangka besar. Saya juga seorang yang agak kasar dan garang. Kehidupan saya lebih rapat dengan abang-abang berbanding dengan kakak, oleh sebab itu saya membesar menjadi seorang perempuan yang tegas.

Saya membesar dengan pelbagai kritikan. Saya teringin untuk menjadi cantik seperti mama dan kakak, tetapi mustahil untuk saya menjadi cantik seperti mereka walaupun saya ber"make up" tebal.

Kecantikan mereka merupakan kurniaan Illahi, dan saya tidak dikurniakan memiliki kecantikan seperti itu.

Namun saya redha dengan apa yang Allah beri pada saya. Kawan saya cakap cantik tu subjektif. Ada orang yang nampak cantik di mata semua orang, dan ada orang yang nampak cantik di mata sesetengah orang sahaja. Saya mengaku, kata-kata kawan saya itu ada benarnya.

Jadi, saya tidak lagi mencuba untuk nampak cantik di mata sesiapa. Kerana saya tahu saya tidak mampu untuk kelihatan cantik seperti mama dan kakak.

Saya telah berjaya buktikannya. Kecantikan luaran saya tidak mampu ubah, tetapi kecantikan peribadi masih boleh saya miliki. Kecantikan akhlak, budi bahasa membuatkan saya juga memiliki ramai kawan dan guru-guru juga turut menyukai saya.

Saya sentiasa berusaha untuk menjaga akhlak saya dengan kawan-kawan dan dengan guru. Saya sentiasa mencuba untuk membuat baik dan membantu mereka. Alhamdulillah, saya mampu buktikan saya juga berjaya memiliki apa yang kakak saya miliki walaupun saya tidak dikurniakan kecantikan rupa paras seperti mereka.

Perkara tu sangat susah untuk saya lakukan kerana pada asalnya, saya bukanlah begitu. Pada mulanya saya seorang wanita yang sombong dan berperangai buruk. Saya tahu saya tidak boleh ubah rupa paras saya, tapi saya boleh ubah perangai dan akhlak saya. Biarlah rupa paras tidak cantik, asalkan peribadi dan akhlak saya cantik.

Secara beransur-ansur, saya cuba untuk menjadi perempuan yang berakhlak mulia, bersopan santun dan lemah lembut.

Saya mengaku saya memang tidak boleh ubah diri saya jadi lemah-lembut seperti mama dan kakak. Mereka memang begitu ukurannya, dan saya memang begini ukurannya. Namun saya telah mencuba sedaya upaya untuk memiliki sifat-sifat baik yang perlu dimiliki oleh wanita muslimah. Bukan untuk memiliki ciri-ciri seperti kakak dan mama, tetapi membentuk ciri-ciri saya sendiri yang Allah pendamkan dalam jiwa saya berdasarkan yang telah diajar oleh Baginda Rasulullah saw..

Secara jujurnya saya tidak mampu untuk memiliki sifat lemah-lembut seperti kakak. Hati saya bukan seperti hati kakak yang berjiwa lemah lembut. Mungkin situasi yang kami lalui berbeza, maka sifat yang membentuk peribadi kami berbeza.

Saya terdidik dengan kritikan dan hati saya sedikit sebanyak telah terguris walaupun pada dasarnya tidak pernah kelihatan. Namun ia telah membentuk peribadi yang lebih keras dan tegas supaya saya mampu mengharunginya.

Saya telah berusaha untuk menjadi yang terbaik, namun masih ada lagi kata-kata yang terkeluar daripada mulut-mulut yang tidak sedar dengan pemberian Allah yang mampu mengguris perasaan saya.

Masih ramai lagi orang yang selalu membanding-bandingkan saya dengan mama dan kakak dengan kecantikan luaran. Malah mereka selalu persoalkan kenapa paras rupa saya tidak cantik seperti mama dan kakak saya tanpa rasa bersalah. Saya betul-betul terguris dengan kata-kata seperti itu walaupun saya tidak pernah menzahirkannya. Hanyalah Allah yang memahami perasaan saya.

Walaupun hati saya banyak terguris dengan kata-kata mereka, namun saya bertekad dan ingin membuktikan bahawa kecantikan bukan penentu kebahagiaan, yang penting adalah dengan ilmu yang saya miliki dan cara saya membawa diri.

Saya pun menanam azam untuk belajar bersungguh-sungguh kerana saya selalu dengar, tidak guna cantik andai tidak berilmu. Saya ingin menjadi seorang yang berilmu.

Kekurangan saya, saya jadikan perangsang untuk berjaya. Saya berjaya kerana saya berusaha, bukan kerana paras rupa saya. Biarlah saya menang kerana memiliki ilmu bukan kerana memiliki kecantikan. Setiap orang memiliki kelebihan masing-masing, dan kelebihan tersebut perlu dicari dalam diri sendiri.

Baru kini saya sedar, walaupun Allah tidak kurniakan saya kelebihan dari segi kecantikan, namun Allah telah memberi saya banyak kelebihan yang tidak semua orang miliki.

Saya memiliki kemahiran melukis dengan baik, boleh mencipta dan mengubah lagu, serta Allah juga mengurniakan saya pemikiran yang kreatif untuk mereka sesuatu yang baru.

Saya berjaya buktikan kecantikan itu bersifat subjektif. Cantik tidak semestinya dinilai dengan kecantikan paras rupa, namun kecantikan juga boleh diukur dengan akhlak yang baik, ilmu yang berguna, serta cara kita membawa diri. Apa yang penting, kenali kecantikan semulajadi diri sendiri dan lakukan yang terbaik untuk menjaganya. Jika mengharapkan sesuatu yang Allah tidak ciptakan untuk jadi milik kita, kita tidak akan mengenali erti bersyukur.

Alhamdulillah. Banyak pengajarannya daripada kekurangan saya ni. Disebabkan saya tidak cantik, saya tidak terlalu mengejar produk-produk kecantikan yang mahal-mahal yang dijual di pasaran.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.

Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita, dan kerana saya tak cantik, akhirnya saya menemui insan yang mencintai saya seadanya.

Paling penting, kerana saya tak cantik, saya sentiasa mencuba untuk menjadi cantik pada pandanganNya. Cantik pada pandangan manusia bukanlah apa-apa.

Saya ingin berpesan kepada saudari-saudari sekelian yang mengejar kecantikan. Tiada wanita yang lebih cantik, melainkan wanita solehah.

Cantik di dunia, tidak membawa sebarang kebahagiaan di akhirat kelak. Cantiklah untuk DIA, maka segalanya akan menjadi CANTIK.

~Wallahua'alam~

sumber : www.iluvislam.com

Tuesday, January 18, 2011

Suci Sekeping Hati~~~


Bismillahirrahmanirrahim...

Maha suci Allah yang memberi nikmat perasaan kepada kita...
sayang, benci, marah, sedih, gembira..dan sebagainya..
Tanpa perasaan bagaimana harus kita menikmati apa yang dikurniakan oleh Allah..

Tanpa kita sedari, perasaan yang lahir dalam hati tidak dijaga dengan rapi. Membuatkan kita lalai dan leka untuk memanfaatkan perasaan itu kepada pemilik sebenar hati itu. Siapalah kita untuk membahagikan hati itu kepada yang bukan hak, jika bukan kerana-Nya.

Hati yang suci lahir dari sifat patuh dan tawadhu' kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.. Diiringi dengan lafaz zikir dan sentiasa menyebut nama-Nya. Lebih-lebih lagi dalam setiap amal dan perbuatan kita.

Wallahua'alam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...